DATANGNYA bangsa Yahudi ke Palestina merupakan awal mula kerusuhan yang berpanjangan di sana. Bangsa Yahudi mengklaim bahwa Palestina merupakan tanah yang dijanjikan untuk mereka yang didasari atas doktrin agama. Sedangkan bagi rakyat Palestina, tanah Palestina merupakan tanah kelahiran dan tempat nenek moyang mereka hidup.

Semenjak dari itu mereka tidak merasai keamanan hingga sekarang. Rakyat Palestina senentiasa ditidas dengan kekejaman yang melampau dari batas-batas kemanusian. Namun semangat kental rakyat Palestina amat-amat mengharukan kita sebagai umat islam. Sehubungan dengan itu satu majlis bacaan yasin dan solat hajat telah diadakan di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz pada 30 November 2012 oleh warga JKR Perak bagi mendoakan dan memohon restu dari Yang Maha Kuasa agar perjuangan rakyat Palestina mendapat pertolongan dari Allah Subhanawataala.

Dalam majlis yang serba ringkas ini diadakan juga jualan-jualan amal dan derma iklas bagi memungut dana membantu perjuangan rakyat Palastin.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.