Bangunan Kellie€™s Castle merupakan salah satu tarkan pelancong ke Daerah Kinta. Bagi meningkatkan kemudahan prasarana, Kementerian Pelancongan telah menyalurkan peruntukan untuk pembinaan sebuan One Stop Centre berserta dengan pengindahan lanskap kawasan.

Pelaksanaan pembinaan telah dilakukan oleh Ekram Builders Sdn. Bhd. JKR Perak bukan sahaja berjaya menyiapkan projek sepertimana yang dikehendaki pelanggan malah telah menyumbangkan jambatan bailey kepada pihak Kementerian Pelancongan khususnya bagi menambahbaik kemudahan yang disediakan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, Dato€™ Dr. Ong Hong Peng pada 28hb November 2012 di perkarangan Kellie€™s Castle, Batu Gajah.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.