JKR Perak telah diberi kepercayaan bagi melaksanakan projek perumahan rakyat di daerah Hilir Perak. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YAB. Dato Seri Dr. Zamry Bin Abd. Kadir Menteri Besar Perak pada 6hb. Disember 2012.

Rancangan Perumahan Awam yang bernilai RM18 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2014 melibatkan pembinaan dua blok pangsapuri 10 tingkat dan turut menyediakan lapan unit rumah kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Kon Yun, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R. Ganesan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin serta ketua-ketua jabatan.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.