Bagi meningkatkan kemahiran pemanduan dan pengurusan kenderaan, bahagian pentadbiran dan kewangan JKR Perak telah menganjurkan kursus pemanduan pada 14 hingga 16hb. November 2012. Kursus telah dijalankan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Utara Langkawi, Kedah.

Seramai 50 peserta dikalangan pemandu dan penyelia kenderaan telah mengikuti kursus tersebut. Para pesrta didedahkan dengan cara-cara pemanduan berhemah dan diberi kefahaman tentang undang-undang lalulintas jalan serta cara-cara pengendalian kenderaan dan penjagaan.

Kursus Pemanduan JKR Perak telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Tuan Haji Ahmad Baidove Bin Haji Anuar.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.