Tanggal 27 Disember 2012 telah berlangsungnya hari inovasi JKR Perak bagi tahun 2012. Ianya telah diadakan di Dewan Serbaguna Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato€™ Ramly Bin Zahari , Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dengan bertemakan€SINERGI INOVASI, STRATEGI TRANSFORMASI€ yang dilihat bersesuaian dalam usaha membudayakan inovasi dalam setiap lapangan, agar aspirasi pemodenan Negara dan kesepaduan bangsa 1Malaysia berjaya dilaksanakan.

Pada majlis tersebut penyampaian hadiah kepada penerima/pemenang anugerah Hari Inovasi JKR Perak telah disempurnakan. Tujuh kategori inovasi telah dipertandingkan. Kepada pemenang diucapkan syabas dan tahniah, semoga penghargaan yang diterima menjadi pendorong kepada kecemerlangan yang berterusan. Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada pesara wajib mahu pun pesara pilihan warga JKR Perak telah juga disampaikan pada majlis yang sama.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.