Tahun 2012 telah berlalu dengan berbagai peristiwa dan kenangan. Terima kasih kepada semua warga JKR yang telah berusaha keras bagi mengekalkan prestasi jabatan ketahap cemerlang. Tanpa warga kerja yang berdedikasi kecemerlangan tidak mungkin tercapai.

Era tahun 2013 mendatang dan ianya akan lebih mencabar. Sebagai Jabatan teknikal yang terulung yang memberi khidmat nasihat kepada masyarakat dan menjadi penasihat kepada agensi-agensi negeri, wajarlah kita memperkemaskan diri agar lebih menyerlah. Pengurus-pengurus projek perlu lebih proaktif dalam merancang projek-projek yang akan dilaksanakan dan mencapai kualiti yang diharapkan.

Unit selenggara jalan perlu diperhebatkan agar sifar kemalangan dapat dicapai dimasa mendatang. Semua jurutera-jurutera daerah dipohan bekerjasama dalam memastikan rancangan yang disusun terlaksana.

Dimajlis yang sama penyampaian Sijil Anugerah Tokoh Negeri JKR Perak telah disampaikan. Tiga tokoh yang terpilih ialah Nurul Hidayah Binti Idris, Mustaffa Bin Mohd Yunus dan Izham Bin Ku Zaifah. Tidak lupa ucapan selamat menyambut hari kelahiran kepada warga JKR Perak yang lahir dibulan Januari.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.