Pada 14 Februari 2013, JKR Perak telah mengadakan Program Cabutan Undi Kerja Penyengaraan Jalan Persekutuan Fasa 3 bertempat di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz, Ibu Pejabat JKR Perak.

Pelancaran program telah dilakukan oleh Tn. Hj. Pahame Bin Kamaruddin mewakili Dato€™ Pengarah disaksikan oleh beberapa pegawai kanan JKR Perak. Seramai 85 kontraktor berdaftar telah hadir dimana 65 untuk kerja G2/1, 10 untuk kerja G2/2 dan 10 lagi untuk kerja G2/3 dengan jumlah keseluruhan kerja yang telah ditawarkan adalah sebanyak 3 kerja yang melibatkan kos dengan nilai RM 800.000.00.

Program ini diselaraskan secara serentak di tiga daerah dalam Negeri Perak, JKR Daerah Manjung, JKR Daerah Batang Padang dan JKR Daerah Larut Matang dan Selama untuk undian kelas F.

Program ini telah dirangka oleh Kementerian Kerja Raya , bertujuan membuka peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil membangunkan ekonomi masing-masing.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.