Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing€™. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah.

Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain. Titik-tolak daripada ungkapan diatas, JKR Perak telah mengorak langkah mengadakan program merakyatkan JKR dimana dalam program ini semangat bergotong-royong diterapkan. JKR Larut Matang dan Selama telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dan telah memilih tiga kawasan iaitu kawasan DUN Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau, Perak.

Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato€™ Seri Raja Hj. Ahmad Zainuddin Bin Raja Hj. Omar mewakili Pengerusi Jawatankuasi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air yang tidak dapat hadir.

Turut hadir Pengarah Urusan Belati Wangsa, Pengarah Urusan Empaya Indra Sdn. Bhd dan pegawai-pegawai kanan dan warga jabatan kerja raya Negeri Perak. Penglibatan masyarakat setempat menambah seri lagi program yang diadakan. Diakhir program pihak penganjur telah memberikan sumbangan berupa keperluan harian kepada penduduk setempat yang kurang berkemampuan.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.