Perhimpunan bulanan kedua bagi tahun 2013 telah diadakan di Dewan Serbaguna Setiusaha Kerajaan Negeri pada 18 Februari 2013. Semua pegawai-pegawai kanan, jurutera-jurutera daerah dan kakitangan warga jabatan kerja raya hadir.

Antara pesanan dan amanat Dato€™ Pengarah dalam ucapan ringkasnya menegaskan tentang keselamatan pekerja dan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya. Bagi pekerja-pekerja jabatan hendaklah dibekalkan dengan kelengkapan keselamatan yang bersesuaian dan papan-panpan tanda amaran semasa melaksanakan tugasan.

Penurunan kedar kemalangan musim perayaan tahun baru cina tahun ini membuktikan jajaran jalan-jalan dan perabut jalan telah diselenggara dengan baik disamping kesedaran pengguna-pengguna jalan raya mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian kad hari lahir kepada semua warga JKR yang lahir pada bulan februari.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 16 May 2024, 04:23:55.