Kini tiba giliran JKR Daerah Kuala Kangsar mewakili JKR Perak untuk ke pertandingan Pengurusan Anugerah Daerah Terbaik JKR. Pengauditan telah dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan yang dilantik sebagai juruaudit dari JKR Malaysia seramai sembilan orang yang diketuai oleh Ir. Tn. Hj. Dzarif Bin Yaacob pada 20 Februari 2013.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Jurutera Daerah dan kakitangan-kakitangan JKR Kuala Kangsar. Ucap selamat datang dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh jurutera daerah sendiri berhubung dengan pentadbiran beliau, keluasan daerah kuala kangsar, projek-projek yang sedang berjalan dan masalah-masalah semasa yang dihadapi. Semoga JKR Kuala Kangsar berjaya dalam penilaiannya.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Monday 13 May 2024, 04:57:50.