Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik JKR 2013 telah bermula. Lanai Beach Resort Pulau Langkawi menjadi pilihan para juri bagi menilai laman web JKR.

Lima pasukan laman web yang terpilih masuk ke penilaian peringkat kedua ialah JKR Terengganu, JKR Melaka, JKR Selangor, JKR Pulau Pinang dan JKR Perak Darul Ridzuan. Antara kriteria yang dinilai seperti rekabentuk dan struktur laman utama dan muka dalaman,

kreativiti dan inovasi, pengurusan dan penyelenggaraan laman web serta maklumat laman web yang dibekalkan. Web Master JKR Perak En. Mohammad Nur Azam telah mempersembahkan intipati laman

web JKR Perak kepada para juri penilai yang terdiri daripada sembilan orang pegawai-pegawai kanan jabatan yang diketuai oleh En. Ahmad Bin Daud sebagai ketua penal penilai.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 10 May 2024, 09:01:10.