Unit Pengurusan Kualiti Korporat JKR Perak telah mengadakan kursus kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) selama tiga hari bermula daripada 11 Mac hingga 13 Mac 2013. Seramai 60 peserta dari semua daerah telah mengikuti kursus tersebut.

Tujuan utama ialah untuk memberi maklumat dan kefahaman yang lebih jelas mengenai konsep operasi dan falsafah kumpulan kreatif dan inovatif (KIK) selain daripada memberi pendedahan kepada

ahli-ahli KIK akan teknik terbaharu, kemahiran menggunakan alat-alat kawalan mutu terkini yangmana kumpulan perlu mengaplikasikan dalam proses penyelesaian masalah dan penambahbaikan kerja secara berkumpulan.

Moga-moga akan terhasil sesuatu prodak atau penyampaian perkhidmatan yang bermutu tinggi dan memberi manafaat kepada kumpulan dan perkhidmatan.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Monday 13 May 2024, 04:57:50.