Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan dan melancarkan acara jalan kaki sejauh satu kilometer yang dinamakan '1 Million Women Purple Walk 2013' di Dataran Putrajaya dan pelancaran serentak ke seluruh Negara.

Objektif utama program ialah untuk meraikan kejayaan wanita Malaysia di dalam pelbagai bidang disamping menunjukkan solidariti kaum ini ke atas komitmen kerajaan,€

Di Negeri Perak ianya telah diadakan di Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz dan telah dirasmikan oleh Menteri besar. JKR Perak turut mengambil bahagian bagi menjayakan program tersebut.

Seawal pukul 7.30 pagi para peserta yang mewakili JKR Perak telah berkumpul di Padang Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah dan pelepasan berjalan kaki telah disempurnakan oleh isteri kepada Setiausah Kerajan Negeri Perak Darul Ridzuan.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Monday 13 May 2024, 04:57:50.