Keluh kesah penduduk Kampung Batu Enam dan sekitar kawasan Bandariang akan terhurai apabila kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah jambatan baru merentasi Sungai Perak.

Jambatan yang bernilai RM 6.3 juta dibina dengan menggunakan teknik €œUltra High Perfomance Concrete€ (UHPDC) dengan panjang jambatan 100 meter dan lebar 4.5 meter. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 5 April 2013 oleh YAB Menteri Besar Perak dan taklimat ringkas projek telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JKR Perak Tuan Haji Ahmad Baidove Bin Haji Anuar.

Skop kerja yang terlibat menurap jalan tuju ke jambatan, membina jambatan dan memasang perabut jalan dan jambatan.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 10 May 2024, 09:01:10.