Majlis Perhimpunan Bulanan JKR Perak telah diadakan pada 11 April 2013 bertempat di padang tenis. Di kesempatan ini Dato' Pengarah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada semua Warga JKR Perak yang telah menabur bakti bersama-sama dalam melaksanakan pembangunan yang menjadi agenda utama kerajaan.

Antara intipati ucapan yang perlu diambil perhatian ialah kepuasan pelanggan dimana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Selain itu pengurusan kewangan yang bijak akan dapat menjana ekonomi setempat dan memberi pulangan kepada rakyat.

Kepada para perajurit yang gugur kerana mempertahankan negara, kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Untuk meringankan beban keluarga anggota tentera yang terkorban,

JKR Negeri Perak telah melancarkan Tabung Wira Lahat Datu. Di majlis yang sama penyerahan Sijil Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam kepada 18 orang kakitangan , penyerahan kad hari jadi dan majlis memotong kek hari jadi kepada pegawai yang menyambut hari jadi pada bulan April turut diadakan. Semoga dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan daripada Allah. Amin........

KE FOTO GALERI

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.