Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pembantu tadbir, bahagian pentadbiran telah mengadakan satu bengkel Penyelenggaraan Buku Perkhidmatan pada 18 April 2013, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz, JKR Perak. Tujuan utama ialah untuk memberi panduan kepada kakitangan yang mengurus buku perkhidmatan kerajaan supaya maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan seragam.

Kaedah penyelenggaraan rekod perkhidmatan yang kemas akan memudahkan bahagian lain menyambung tugas. Seramai 60 pembantu tadbir dari semua daerah JKR Perak telah hadir dalam bengkel tersebut. Penceramah yang diundang khas dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Tn. Haji Mohd Isa Bin Abu Bakar telah menyampaikan dan memberi penerangan kepada para peserta.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.