Kepesatan pembangunan negara menyebabkan pertambahan kenderaan dijalan raya. Ini menyebabkan kesesakan berlaku terutamanya dipersimpangan jalan dalam kawasan bandar. Oleh itu bagi menanggani perkara ini dari terus berlaku,

Unit Penilaian Kesan Trafik, Cawangan Kejuruteraan Jalan Dan Geoteknik Ibu Pejabat JKR Malaysia telah membuat kajian Penilaian Kesan Lalulintas (TIA) dan memperkenalkan SIDRA INTERSECTION digunapakai sebagai satu kaedah penyelesaian. Ia mengenal pasti keperluan untuk sebarang langkah-langkah tebatan untuk sistem pengangkutan untuk mengurangkan kesesakan, disamping mengekalkan dan meningkatkan keselamatan.

Ianya juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai asas yuran kesan melevi atau sumbangan pemaju menilai penambahbaikan jalan raya. Bahagian Pengurusan Korporat JKR Perak telah mengadakan kursus berhubung perkara tersebut

selama dua hari bermula dari 9 hingga 10 Mei 2013 bertempat di studio IT tingkat 7. Penceramah kursus telah didatangkan khas dari Unit Penilaian Kesan Trafik, Cawangan Kejuruteraan Jalan Dan Geoteknik Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.