Unit Sistem Pengurusan Bersepadu Bahagian Korporat JKR Perak telah mengadakan kursus Juruaudit Dalaman SPB bagi tahun 2013 bertempat di Bilik Gerakan Tan Sri Mahfuz.

Tujuan utama kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada auditor-auditor baru akan teknik-teknik asas sebagai auditor agar pelaksanaan cross audit antara bahagian dengan bahagian dan daerah dengan daerah dapat dilaksanakan.

Ianya juga akan dapat meningkatkan bilangan pelaksanaan audit seperti yang dicadangkan oleh ketua bahagian dan jurutera daerah disamping dapat membudayakan dan meningkatkan kefahaman, kemahiran dalam melaksanakan SPB JKR.

Seramai 80 peserta daripada daerah dan bahagian hadir. Penceramah kursus En. Mustaffa Kama dan fasilitator Pn. Zarina dengan dibantu oleh 12 orang Juruaudit Dalaman JKR Perak yang berpengalaman telah menjayakannya.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.