YB Dato Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin sebagai Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, yang baru dilantik, telah membuat lawatan kerja ke JKR Perak pada 6 Jun, 2013.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Kerja Raya Perak, pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi-agensi di bawah pentadbiran potpolio beliau.

YDH Toh Paduka Setia Dato 'Ir. Dr Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Pengarah Kerja Raya Perak telah memberikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan JKR Perak, carta organisasi jabatan, projek-projek yang dalam pembinaan, projek-projek yang akan dilaksanakan dan kemajuan peruntukan tahun kewangan semasa.

Mudah-mudahan penerangan ringkas yang diberikan dapat memberi gambaran sebenar JKR Perak dan boleh menyusun semula pembangunan negeri Perak untuk menjadi lebih bermanfaat kepada orang ramai.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.