Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 peringkat Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Majlis telah dilangsungkan pada hari ini, 10 Jun 2013 di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Seramai 112 pegawai telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 71 pegawai menerima Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang bagi tahun 2012. Kriteria pemilihan adalah terdiri dari mereka pegawai yang telah mencapai melebihi sasaran kerja tahunan dan berdedikasi serta proaktif dalam menjalankan tugas seharian.

Mudah-mudahan, anugerah ini akan meningkatkan prestasi pegawai-pegawai untuk lebih cemerlang, komited dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan Jabatan Kerja Raya. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato 'Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seterusnya menyempurnakan pelancaran penggunaan Pavement Management System (PMS) dan Integrated Bridge Management System iaitu satu sistem pengurusan pavemen yang diintegrasikan dengan sistem HDM-4.

Tujuan utama bagi membantu mengenalpasti lokasi jalan dan jambatan untuk disenggara mengikut kaedah pembaikan yang boleh disesuaikan dengan belanjawan penyenggaraan tahunan jalan raya jambatan disamping mengamalkan kitaran hayat penyenggaraan pavemen.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.