Pangkor Bayview Beach Resort menjadi pilihan untuk kursus rekabentuk jalan. Kursus yang bermula pada 25 Jun dan berakhir pada 30 Jun 2013 telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Korporat dan Senggara Jalan. Seramai 32 orang peserta dari kumpulan teknikal daripada daerah dan bahagian telah hadir.

Tujuan utama kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada jurutera-jurutera, penolong-penolong jurutera dan juruteknik yang terlibat dengan rekabentuk jalan agar dapat merekabentuk struktur jalan dengan lebih baik dan sempurna serta menepati kehendak polisi-polisi keselamatan jalanraya agar kemalangan dapat dikurangkan.

Tuan Haji Yusup Bin Zahidin jurutera daerah JKR kinta sebagai penceramah dengan dibantu oleh En. Bala Subramaniam a/l T Ratnam, En. Mohd Yunus Bin M. Marjan dan En. Shaaruddin Bin Juwahir dari Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai fasilitator.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.