Terengganu menjadi pilihan bagi lawatan kerja Dato' Pengarah JKR Perak. Tujuan utama lawatan ialah untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk masjid-masjid di Terengganu. Antara masjid yang dilawati ialah Masjid Ulul Albab atau lebih dikenali dengan Masjid Kayu.

Masjid berkenaan dianggap unik kerana pembinaanya menggunakan kayu dan mempunyai rekabentuk menarik berasaskan seni bina ketukangan Melayu yang diadun dengan ciri-ciri Islam klasik, Masjid Hadhari di Bandar Jerteh,

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan Masjid Terapung Kuala Ibai, Masjid Sultan Ismail Chendering Kuala Terengganu dan Masjid Kristal yang terletak Kawasan Pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

Terdapat kelainan pada setiap masjid yang dilawati, terutamanya ukiran-ukiran pada dinding-dinding, mimbar, bumbung dan kubah masjid, yang melambangkan kesenian masyarakat Terengganu yang kaya dengan ukiran tangan.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.