Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan pahala berganda. Sabda Rasulullah saw, "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Hari ini 22 Julai 2013, gotong-royong memasak bubur lambuk dan majlis berbuka puasa bersama jabatan telah diadakan. Tradisi yang selalu diadakan dalam bulan Ramadhan. Bubur lambuk telah diagih-agihkan kepada semua kakitangan dan kepada anak yatim.

Juga berlangsung Tazkirah Ramadhan bersama dengan Ustaz Mohd Ali Sobri Bin Abd. Rahman pendakwah bebas yang telah mengimbau kembali kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita menilai diri kita, Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 08 May 2024, 01:59:47.