Sepasukan audit dalaman dari JKR Pulau Pinang yang diketuai oleh En. Amirul Amar B. Kamis @ Puteh dibantu oleh En. Mohd Zawari B. Samsuddin, En. Luqman Nul Hakim B. Azizan dan En. Amir B. Yahya telah melakukan auditan keatas JKR Perak.

Mesyuarat pembukaan pada 24 Julai 2013 jam 9.30 pagi telah dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Perak Darul Ridzuan dan dihadiri oleh semua ketua-ketua bahagian serta wakil pekerja.

Pemereksaan dokumen dan lawatan tempat kerja telah dilaksanakan. Hasilnya beberapa penemuan telah dibentangkan oleh juru audit dan akan diambil tindakan sebagai penambah baikan.

Keputusan penilaian akan dimaklumkan selepas penyelarasan dibuat bersama urusetia KKP, JKR Malaysia. Majlis penutupan audit telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKR Perak pada 25 Julai 2013.

Ke Foto Gelari

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.