Bertemakan €œMelangkaui Sempadan, Merintasi Keunggulan€, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid telah berlangsung hari Inovasi Kementerian Kerja Raya. Ianya adalah salah satu usaha Kementerian untuk membina warga Kerja Raya yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Selain itu, ia juga bertujuan mengiktiraf anggota organisasi sebagai sumber paling bernilai dengan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan. Lapan kumpulan terpilih, tiga kumpulan daripada kategori teknikal dan lima kumpulan dari kategori pengurusan. Syabas kepada KIK ASAH JKR Hulu Perak kerana berjaya ditempat kedua dalam kategori teknikal.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.