Kini penduduk sekitar Daerah Lenggong menarik nafas lega apabila sebuah klinik kesihatan yang lebih selesa siap dibina dan akan mula beroperasi.

Klinik Kesihatan yang bernilai RM 27.5 juta itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas antaranya Unit Pengimejan dan diognostik (X-Ray), makmal, Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu dan Anak,

Unit Kecemasan, Pusat Bersalin dan Kafeteria. Terdapat kuarters kelas G untuk kakitangan. Majlis penyerahan bangunan klinik kesihatan telah berlangsung pada 20 Jan 2014.

Majlis penyerahan bangunan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak kepada Dr. Noor Asmah mewakili Kementerian Kesihatan Negeri Perak.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.