Masa mencemburui kita. Kesibukan tugas-tugas harian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita terleka dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan beberapa kakitangan JKR Perak bakal akan berpindah ke tempat lain.

Antara pegawai-pegawai yang terlibat ialah Mohd Elham bin Abd. Kasim, Ir. Balamurugan a/l Gopal, Mohamad Razali bin Abd. Wahab, Ir. Ong Eng Sin dan Noor Suzilla binti Abdullah. Pertukaran ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada JKR Perak malah menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan mereka.

Warga JKR Perak mendoakan agar mereka semua berjaya ditempat baru dan dapat menyumbang kepakaran pada masyarakat setempat. JKR Perak mengalu-alukan kedatangan pengganti mereka dan berharap dapat menggalas segala tugasan yang diamanahkan.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.