Sebuah rumah dan bangunan pejabat bagi menempatkan Orang Besar Jajahan Daerah Kampar bakal akan dilaksanakan. Bangunan yang bernilai RM 1.6 juta itu akan mula pembinaannya pada 20 jan 2014 dan dijangka siap pada 18 jan 2015.

Kontraktor yang telah diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan ialah Zarif Enteprise Malaysia Sdn. Bhd. beralamat No. 9, Block N, Jalan SMIC/4 Fasa IC/2 , 32040 Seri Manjung. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 14 Feb. 2014 di tapak bina dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Imam Masjid Kampar.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah JKR Perak YDH Toh Paduka Setia Dato€™ IR. Dr. Safri Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Kampar, Pegawai Daerah Kampar dan beberapa pegawai-pegawai kanan daerah Kampar lainnya.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.