Kegiatan sukan adalah riadah yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Begitulah halnya dalam kejohanan Boling Padang MAKSAK Malaysia 2014 yang telah memilih Negeri Perak untuk mengelolakannya.

Kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Lawn Bowls Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Perak bermula pada 20 hb. Februari dan berakhir pada 23 Februari 2014 itu telah disertai oleh 16 Badan Gabungan MAKSAK Malaysia.

Majlis perasmian penutupan kejohanan telah diadakan di Stadium Indra Mulia oleh YDH Toh Paduka Setia Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Pengarah JKR Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Boling Padang MAKSAK Malaysia 2014.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.