Bertarikh 11 March 2014 bertempat di Dewan Bankuet, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 JKR Perak telah diadakan. Perasmianya telah di sempurnakan oleh YB. Dato€™ Zainol Fadzi bin Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

Dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima. Pengiktirafan ini wajar diberikan sebagai tanda terima kasih kerajaan kepada kakitangan yang telah menyumbangkan tenaga untuk membangunkan infrastruktur dan prasarana Negeri Perak terutamanya dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.

Perkhidmatan yang bersih dan berintegriti menjadi teras kepada kejayaan jabatan. Seramai 116 kakitangan JKR Perak telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 109 telah menerima Sijil Keterampilan.

Terima kasih pada semua yang telibat menjayakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.