• Main Page
  • Berita
  • Lawatan Ziarah DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Ke Tapak Pemuliharaan Makam

JKR Perak telah diberi mandat untuk baik-pulih makam-makam kesultanan Negeri Perak. Antara makam yang terlibat ialah makam Sultan Perak Pertama Sultan Mudzaffar Shah 1 yang telah bertahta mulai dari tahun 1528 hingga 1549 dan Sultan Perak yang kelapan belas Sultan Ahmaddin Shah. Lawatan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan ke tapak pemuliharaan telah diadakan pada 7 April 2014. Tujuannya ialah untuk melihat sendiri perkembangan kemajuan kerja pemulihan yang telah dilaksanakan disamping menziarahi makam. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Toh Paduka Setia, Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak di Bilik Mesyuarat Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Kampong Gajah. DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan juga sempat melawat ke makam Puteri Limau Purut.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Thursday 25 April 2024, 00:56:59.