Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam supaya memperbetulkan persepsi sebenar tentang agama itu sekiranya mereka mahu orang lain mendekati Islam. Beliau juga meminta pendekatan itu dipermudahkan dan dilakukan secara lembut, tidak membebankan dan dapat mengikat hubungan baik antara kaum di negara ini.

Apa yang menyedihkan hari ini sesetengah pihak memberikan gambaran negatif terhadap Islam sehingga orang lain sukar untuk mendekati dan memeluk Islam. ''Kita mesti hidup sebagai umat Islam, bertimbang rasa, jangan suka bermusuh dengan bukan Islam dan tunjuk kebaikkan agama kita kepada bukan Islam agar mereka terus mendekati Islam,''.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Kunjungan Hormat ke Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid pertama di Negeri Perak yang dibina dengan berkongsepkan seni bina dan budaya cina. Dengan kos pembinaannya yang berjumlah RM 4 juta menjadi satu lagi mercu tanda kepada Negeri Perak disamping menjadi tarikkan pelancong luar dan dalam negeri untuk melihat dengan lebih dekat keunikkan nya.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Friday 29 March 2024, 03:51:49.