Kini penduduk sekitar Kota Tampan menarik nafas lega apabila Jambatan Sungai Nerok siap dibina. Jambatan yang bernilai RM 6 juta telah dirasmikan oleh YB. Dato€™ Zainol Fadzi bin Haji Paharudin Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Darul Ridzuan pada 22 April 2014.

Selain berfungsi sebagai penghubung antara kampung-kampung, ianya juga dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku disekitar Kota Tampan. Kalau sebelum ini aras jambatan rendah menyebabkan sampah sarap yang dibawa oleh arus sungai terdapar di jambatan

menyebabkan aliran air sungai terhalang kelancarannya dan menyebabkan air meningkat dari paras biasa dan melepasi tebing sungai yang menyebabkan berlakunya banjir. Moga-moga dengan terbinanya jambatan baru ini masalah banjir dapat dikurangkan.

Ke Foto Galeri

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.