Skip to main content

TAKLIMAT PAVEMENT CONDITION ASESSMENT (PCA) SECARA AI DETECTION SYSTEM: PENGESANAN POTHOLE DAN CRACK OLEH SYARIKAT SELIA SELENGGARA SELATAN SDN. BHD.

Berita Terkini

TAKLIMAT KAEDAH MENGENALPASTI KEROSAKAN JALAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) OLEH SELIA SELENGGARA SELATAN SDN. BHD.

📅 12 November 2025
📍 Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Galian Perak

Bahagian Jalan, JKR Perak telah menganjurkan satu taklimat teknikal yang disampaikan oleh Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. berkaitan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam mengenalpasti kerosakan jalan secara automatik dan lebih efisien.
Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perak dan dihadiri oleh lebih 35 orang pegawai JKR daerah serta wakil syarikat konsesi seluruh negeri Perak.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga teknikal JKR mengenai pendekatan terkini dalam bidang penyenggaraan jalan, selari dengan aspirasi pendigitalan dan kecekapan penyampaian infrastruktur.