4 Julai 2017 bersamaan 10 Syawal 1438H telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerja Raya Negeri Perak bertempat di perkarangan dataran JKR Negeri Perak. Semua bahagian, cawangan dan daerah telah terlibat bagi menjayakan majlis sambutan tersebut dengan menyediakan gerai disertakan pelbagai juadah dan menu antaranya sate, mee kari, roti john, laksa, tauhu bakar, cendol dan banyak lagi.

Jamuan yang bermula jam 1.00 tengahari telah dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal serta tetamu-tetamu VIP dari pelbagai jabatan.

Hadiah gerai tercantik untuk tahun ini telah dimenangi oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik, tempat kedua dimenangi oleh JKR Daerah Kuala Kangsar dan tempat ketiga jatuh kepada JKR Daerah Kerian.

Offcanvas

JKR PERAK