Skip to main content

Rekabentuk Awam & Struktur

PROFIL BAHAGIAN

Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur merupakan sebuah unit teknikal di dalam Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan yang berperanan utama dalam memberikan perkhidmatan dalam Kerja-kerja Rekabentuk Awam & Struktur, Forensik Bangunan (Pemeriksaan Kerosakan) dan Khidmat Nasihat Teknikal kepada agensi-agensi Kerajaan di Negeri dan Persekutuan.

Pada masa kini, bahagian ini diterajui oleh seorang Jurutera Awam Kanan (J48) dan dibantu oleh seramai 13 orang kakitangan yang terdiri daripada Jurutera Awam (2), Penolong Jurutera (3), Pelukis Pelan (6), Pembantu Operasi (1) dan Pemandu (1).

OBJEKTIF BAHAGIAN

1.Penyediaan lukisan Sivil & Struktur bagi projek-projek yang telah ditentukan oleh HOPT.
2.Mengeluarkan Laporan Pemeriksaan Kerosakan Bangunan berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan.

FUNGSI BAHAGIAN

1.Menyediakan Rekabentuk Sivil & Struktur Dan Penghasilan Lukisan.
2.Menjalankan Pemeriksaan Kerosakan Bangunan Dan Penyediaan Laporan.
3.Memberi Khidmat Nasihat Teknikal.
4.Menjalankan kerja-kerja kajian semula rekabentuk.
5.Pasukan Penilaian Teknikal dan Audit Rekabentuk Bagi Projek Reka & Bina

MUAT TURUN BORANG LAPORAN AWALAN KEROSAKAN BANGUNAN DAN SIVIL  

SENARAI KETUA BAHAGIAN (REKA BENTUK AWAM & STRUKTUR)

Bil Senarai Ketua Bahagian Tahun
1 Ahmad Allnadhor Bin Hamim 2024-kini
2 Ir. Mohd Suhaidi Bin Ismail 2021-2024
3 Ir. Zaiton bt. Zainal Badri 2020-2024
4 Diletak di bawah Bahagian Bangunan sebagai Unit Rekabentuk & Forensik 2016 - 2019
5 Ir. Saiful Azzuan b. Aznam 2013-2015
6 Ir. Hj. Mohd Yusup b. Zahidin 2009-2013

Sebarang pertanyaan, boleh emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.