Skip to main content

PROGRAM JKR CYBER DAY@PERAK 2023

Berita Terkini

Tahniah diucapkan kepada JKR Perak kerana berjaya merangkul Anugerah NAIB JOHAN Kategori Laman Web/Portal Peringkat JKR Negeri Tahun 2023 anjuran oleh Bahagian Teknologi Maklumat Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat pada program JKR Perak Cyber Day 2023 sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN).

Penilaian ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat berdasarkan dari hasil pemantauan oleh pihak MAMPU melalui platform SPLASK.
YBrs. Dato Ir. Hamdan bin Ali, Pengarah JKR Perak telah hadir untuk menerima anugerah daripada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengankutan Awam Negeri Perak, YB Dato Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin yang diadakan di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak.

Turut serta memeriahkan majlis, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) YBhg. Datuk Sr. Amran Bin Haji Mohd Majid