Kerja Undi Penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah diadakan serentak di seluruh daerah di JKR Perak. Dato€š¬€ž¢ Pengarah JKR Perak telah berkunjung ke JKR Daerah Kuala Kangsar dan seterusnya merasmikan pelancaran kerja-kerja undi selenggara jalan persekutuan.
Beliau melihat sendiri pelaksanaan pemilihan kerja-kerja undi dijalankan dan menyampaikan surat tawaran sebutharga kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya.
Lima syarikat telah terpilih bagi melaksanakan kerja-kerja selenggaraan jalan persekutuan daripada 158 kontraktor di daerah Kuala Kangsar yang berdaftar.