Skip to main content

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI GRED UTAMA OLEH KETUA PENGARAH KERJA RAYA PADA 12 OGOS 2024

Berita Terkini

Pada 12 Ogos 2024 jam 8.30 pagi, bertempat di Aras 33, Blok G, Jabatan Kerja Raya Malaysia, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Bagi Penempatan Pegawai Gred Utama, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Roslan Bin Ismail.
Senarai penerima watikah tersebut adalah seperti berikut:
YBrs Ir. Hj. Zulkifli bin Rashad ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Jabatan Kerja Raya, memangku Jurutera Mekanikal Gred Utama A berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2024;


YBrs. Ir. Mohd Sharom bin Ahmad Saman ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya, Jurutera Awam Gred Utama B secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2024;

YBrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak ditempatkan sebagai Pengarah di Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, memangku Jurutera Awam Gred Utama C berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2024;


YBrs. Ir. Hj. Zamri bin Mat Kasim ditempatkan sebagai Pengarah di Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, memangku Jurutera Awam Gred Utama C berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2024.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan. Semoga JKR Malaysia akan terus cemerlang memenuhi aspirasi pembangunan negara.
Sumber daripada: https://www.jkr.gov.my/my/page/majlis-penyampaian-watikah-pegawai-gred-utama-oleh-ketua-pengarah-kerja-raya-pada-12-ogos-2024