Skip to main content

PEMBENTANGAN KERTAS KAJIAN DI IEEE SUSTAINABLE POWER AND ENERGY CONFERENCE (iSPEC) 2024, KUCHING SARAWAK

Berita Terkini

Kertas Kajian bertajuk “Diagnostic Study On Medium Voltage Cable Condition Assessment Using Collective Testing” telah dibentangkan oleh Ir. Nas Naweerah Binti Rahim, Jurutera Elektrik Kanan dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak melalui persidangan IEEE SUSTAINABLE POWER AND ENERGY CONFERENCE (iSPEC) 2024, KUCHING SARAWAK. Persidangan tersebut telah  diadakan di  The Waterfront Hotel, Kuching Sarawak pada 24 hingga 27 November 2024. Pembentangan beliau merupakan sebahagian daripada penyelidikan bersama penyelidik dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia dalam bidang High Voltage Asset Management.


Kajian beliau menumpukan kepada penambahbaikan ke atas kaedah konvensional preventive maintenance yang diamalkan kepada predictive maintenance bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap ke arah tenaga boleh baru.Kajian ini mengaplikasikan pengujian ke atas aset voltan sederhana menggunakan teknologi dan kaedah terkini dalam memastikan ‘health condition’ aset sedia seterusnya membantu dalam menilai dan merancang senggaraan masa hadapan dengan lebih tepat dengan kos yang optimum. Penyelidikan beliau melibatkan infra elektrik yang disenggara oleh Jabatan Kerja Raya.


iSPEC 2024 dengan tema "Advancing Sustainable Power and Energy Solutions for a Greener Future” menghimpunkan ahli-ahli akademik, para penyelidik,pemain utama utiliti tenaga elektrik, minyak & gas Malaysia,  professional dalam negara dan antarabangsa. Platform ini memberi ruang pihak yang terlibat di dalam penyelidikan tenaga dan tenaga boleh baharu berkongsi pengetahuan, hasil penyelidikan, bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan.


Tahniah diucapkan dan semoga maju jaya dalam penyelidikan beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk terus terlibat dalam penyelidikan dan pembentangan kertas kerja di masa hadapan.