MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) MANJOI, DAERAH KINTA PERAK DARUL RIDZUAN
Berita Terkini
MANJOI, PERAK,15 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak pada hari ini telah menyerahkan secara rasmi Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Manjoi di Daerah Kinta kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP). Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak kepada YBhg Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), Kementerian Kesihatan Malaysia dan disaksikan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.
Majlis telah disempurnakan melalui upacara menandatangani dokumen Perakuan Serah Kerja Siap Projek oleh pihak berkaitan, diikuti pertukaran dokumen serta gimmick penyerahan dan penyerahan replika sebagai simbolik penyerahan projek kepada pihak pelanggan.
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah Klinik Kesihatan (Jenis 3) yang dilengkapi dengan peralatan perubatan dan bukan perubatan serta fasiliti moden yang bertujuan bagi meningkatkan capaian serta mutu perkhidmatan kesihatan primer kepada komuniti setempat.
Projek bernilai RM 27 juta ini telah dilaksanakan oleh RN Engineering & Development Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan pemantauan dan pengurusan teknikal oleh Pasukan Projek Perseketuan Negeri Perak. Projek ini yang bermula pada 17 September 2021 telah disiapkan sepenuhnya pada 7 Julai 2026 dan diserah secara rasmi kepada pelanggan pada 15 September 2026.
Penyerahan rasmi ini membuka ruang kepada Klinik Kesihatan (Jenis 3) Manjoi untuk memulakan proses persiapan pengoperasian fasiliti yang dijangka beroperasi secara berfasa mulai 5 Oktober 2026. Klinik ini dijangka menyaksikan pertambahan pengoperasian skop perkhidmatan kesihatan primer dan sumber manusia termasuk pertambahan sumber tenaga kerja kesihatan untuk menyokong permintaan perkhidmatan di kawasan ini.
Majlis ini turut dihadiri YBrs. Tuan Massrol Nizam bin Md Salleh, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan JKRM, YBrs. Dr Husna Maizura binti Ahmad Mahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr Sofiah binti Mat Ripen, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan YBrs. Dr Mohd Zamri bin Md Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Kinta serta Dr Najmi binti Anuar, Ketua Klinik, Klinik Kesihatan Manjoi.
Pembinaan Menyiapkan Baki Kerja Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3) Manjoi, Perak dengan keluasan tapak 1.03 ekar menyediakan infrastruktur terdiri daripada 5 aras utama serta beberapa blok sokongan seperti Aras 1 – Unit Kecemasan & Klinik Pesakit Luar, Kaunter Pendaftaran, Unit Kejuruteraan & Pencawang TNB, Bilik Pam,Aras 2 – Klinik Pesakit Luar, Pejabat Rekod, Unit Pengimejan (X-Ray),Aras 3 – Klinik Ibu dan Kanak-Kanak, Makmal Patologi, Pejabat Pentadbiran,Aras 4 – Klinik Rawatan Pergigian, Unit Rehabilitasi,Aras 5 – Tangki Air Servis, Bilik Motor Lif, dan Blok Sokongan – Garaj Ambulan & Inflammable Store, serta Pondok Pengawal.
Projek ini merupakan bukti komitmen JKR bersama kontraktor dalam memastikan aspek kualiti dan keselamatan diberi keutamaan. Setiap aspek teknikal telah melalui proses pengujian, penyelarasan dan penelitian sebelum projek diserahkan kepada pihak pelanggan.
Kejayaan pelaksanaan projek ini adalah hasil sinergi dan kerjasama erat antara PPPN JKR Perak, HOPT, HODT, dan kontraktor.
JKR Malaysia terus komited melaksanakan amanah pembangunan infrastruktur negara secara profesional dengan penekanan terhadap kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan demi memastikan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan dan menyokong kelancaran operasi serta kesiapsiagaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Manjoi, Perak.
#IamJKR
#KitaJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |













