Skip to main content

HEBAHAN RASMI JKR PERAK PROGRAM CABUTAN UNDI PERDANA MADANI 2027 (KKR)

Berita Terkini

HEBAHAN RASMI JKR PERAK PROGRAM CABUTAN UNDI PERDANA MADANI 2027 (KKR)
 
Program Memperkasa Kontraktor Kecil Bumiputera Gred G1 hingga G4 bagi Kerja Penyenggaraan Jalan Perseketuan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa JKR Perak telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses saringan ke atas kontraktor tempatan yang berdaftar di bawah pengkhususan CE01, CE32, CE42, dan CE43.
 
Sehubungan dengan itu, Surat Pelawaan Undian telah dihantar kepada kontraktor yang tersenarai melalui e-mel rasmi pada 3 November 2026 (Selasa).
 
SENARAI DOKUMEN WAJIB DIKEMUKAKAN:
 
1. SIJIL PENDAFTARAN SAH:
- Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK)
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
- Sijil Taraf Bumiputera (STB)
 
2. PENYATA KEWANGAN:
- Salinan Penyata Akaun Bank bagi tempoh 3 bulan terakhir (Julai 2026, Ogos 2026 & September 2026) yang telah diakui sah oleh pihak bank
 
3. PEMATUHAN CUKAI
- Sijil Tax Compliance Certificate berstatus PATUH;
- Atas nama syarikat (Bagi syarikat perkongsian/sdn. bhd.)
- Atas nama individu (Bagi syarikat pemilikan tunggal)
 
TARIKH DAN MASA TUTUP PENGHANTARAN:
10 November 2026 (SELASA)
Sebelum atau pada jam 5.00 petang
Hantar ke alamat e-mel rasmi yang tertera di dalam surat pelawaaan masing-masing.
 
*Peringatan: Dokumen yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
MYHRMIS MOBILE MYGOV