24 Jun 2016 - Sempena Ramadhan Al Mubarak , JKR Perak telah mengadakan Program Imarah Ramadhan yang melibatkan semua bahagian dan unit. Program ini bermula dengan majlis khatam Al-Quran anjuran PUSPANITA JKR Perak dimana bacaan Al-Quran tersebut telah di ketuai oleh Ustazah Hajah Zaiton Bt. Hj. Jaafar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA serta Isteri OBJ Daerah Kerian bagi memeriahkan majlis. Pada waktu yang sama, majlis masak bubur lambuk antara bahagian juga turut berlangsung.

Pada sesi petang, program telah diteruskan dengan ceramah agama "Ramadhan Oh Ramadhan - Dimanakah Kita" yang telah disampaikan oleh Huffaz dari Kemboja iaitu Ustaz Syafie bin Yusof. Dengan adanya program ini membuka peluang kepada masyarakat untuk menginfak sebahagian daripada rezeki mereka untuk dana bantuan kemanusiaan, terutamanya untuk pembelaan al-Aqsa dan saudara kita di Palestin, Syria dan Kemboja.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 27 March 2024, 06:39:18.