8 Januari 2018 - Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Depot Tahanan Imigresen Langkap Perak telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya Perak, Ir. Abu bakar Bin Mohamed Said kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri, Encik Azizi Bin Hj. Wahab bertempat di Depot Tahanan Imigresen Langkap Perak Darul Ridzuan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perak, En. Sharmanrizal Rustam, Komandan Depot Tahanan Imigresen Langkap, En. Mohamad Fazil Bin Hamzah, Pengarah Pengurusan Depot, Puan Saleha Bt. Adam, pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri, pegawai dari Imigresen Dan Depot Tahanan, pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Perak, dan JKR Hilir perak.

Projek Naiktaraf Depot Tahanan Imigresen Langkap Perak ini merupakan projek di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi di bawahnya iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Projek ini telah ditender semula dan tarikh milik tapak ialah pada 18 Mei 20146 dengan tempoh pelaksanaannya selama 33 minggu dan telah berjaya disiapkan pada 5 Disember 2017.

logobawahen

Copyright © 2020 DEPARTMENT OF TRADE WORLDWIDE BUSINESS
Best viewed through Mozilla Firefox and Google Chrome at 1024 x 768 resolution. Last Updated:Wednesday 28 September 2022, 01:41:37.