Perutusan Pengarah 2019
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya sekali lagi kita diberi peluang melangkah ke tahun baru 2020.
Tahun 2019 telah melabuhkan tirainya dan sempena tahun baru ini saya mengucapakan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua warga kerja JKR Perak. Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas, hari esok menjadi tanda pembuka lembaran kepada dekat yang seterusnya penuh dengan cabaran.
Pelbagai kejayaan telah diraih termasuklah kejayaan dalam menyiapkan projek-projek pembangunan di Negeri Perak, kejayaan dalam menjayakan majlis-majlis rasmi kerajaan serta kejayaan melakukan inovasi dan perubahan kepada kepada sistem dan prosedur. Diharap momentum pemerkasaan budaya warga berinovasi ini dapat diteruskan bagi penghasilan kualiti kerja yang memberi manafaat kepada JKR. Saya percaya dengan segala kepakaran, potensi dan kemudahan yang ada kita masih mempunyai peluang yang luas untuk terus meningkatkan lagi pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.
Sebagai penyumbang pembangunan terbesar dalam bidang teknikal, saya berharap agar JKR Perak akan terus unggul dengan meraih kejayaan yang lebih besar pada tahun 2019. Oleh yang demikian, halatuju kita kepada tahun ini adalah memberi tumpuan serius kepada melaksanakan projek-projek pembinaan bermula dari perancangan, rekabentuk dan pembinaan supaya jalan yang dibina selesa dan selamat kepada pengguna jalanraya dan memastikan tiada projek yang lewat diserahkan kepada pelanggan. Tumpuan keselamatan juga perlu diambil kira semasa dan sesudah pembinaan serta keselamatan di tempat kerja. Kesedaran dan komitmen semua warga JKR adalah penting bagi merealisasikan hasrat ini.
Disamping itu, warga kerja JKR Perak perlulah mengamalkan sikap berintegriti dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai jati diri yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni dan komited terhadap tugasan yang diberikan. Demi memartabatkan hala tuju dan memantapkan imej jabatan yang cemerlang, saya menyeru kepada semua warga JKR Perak, marilah sama-sama kita bergandingan tangan untuk terus maju dan tetap gemilang di tahun baru demi mencapai misi dan visi jabatan.
Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan semoga kita akan terus meraih kejayaan pada tahun 2020 dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang serta usaha ini diberkati Allah Subhanahu Wataala.
Sekian, terima kasih.
YBhg. Tn. Haji Roslan Bin Abd Ghani
Pengarah Kerja Raya
Perak Darul Ridzuan