Syukur alhamdulilah setiap tahun kita pasti akan mengingati hari kebesaran Rasullulah SAW. Tema tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Semoga dengan tema ini sambutan maulidurasul 2014/1435 dapatlah mengukuhkan ikatan perpaduan umat islam seluruh dunia umumnya, dan khasnya umat islam di Malaysia.
Rasullulah adalah ikutan dan idola kita semua sepanjang zaman. Marilah kita banyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasullulah SAW ini, sebagai tanda ingatan yang tulus ikhlas dari hati untuk insan yang kita sayangi ini.
Sebagaimana sayangnya Rasullulah SAW ke atas umat-umatnya, bagaimanakah kita pula sebagai umatnya membuktikan tanda kasih sayang kita kepada Rasullulah?