Bahagian Bangunan, JKR Perak terdiri daripada 22 orang kakitangan yang diketuai oleh Jurutera Awam Penguasa (J52). Secara amnya, Bahagian Bangunan, JKR Perak dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal. Seterusnya ianya dipecahkan kepada beberapa unit seperti berikut :-

a) Unit Projek Persekutuan

  • Projek Cawangan Kerja Pendidikan (CKP)
  • Projek Cawangan Kerja Kesihatan (CKK)
  • Projek Cawangan Kerja Keselamatan (CKS)
  • Projek Cawangan Kerja Bangunan Am 1 & 2 (CKBA 1 & CKBA 2)
  • Projek Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur & Pengangkutan (CKIP)

b) Unit Projek Negeri

  • Projek Bangunan Negeri
  • Projek Pembangunan Negeri
  • Projek Senggara Bangunan Negeri
  • Projek Keagamaan
  • Projek Mahkamah Syariah

c) Unit Projek Senggara

  • Projek Senggara Bangunan Persekutuan Negeri Perak

Secara khususnya, Bahagian Bangunan, JKR Perak bertanggungjawab di dalam melaksanakan pengurusan projek sebelum pembinaan projek dijalankan. Oleh yang demikian, Bahagian Bangunan, JKR Perak banyak berhubung dengan pihak pelanggan di peringkat perancangan projek. Antara pihak pelanggan Bahagian Bangunan, JKR Perak adalah seperti berikut :-

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (Politeknik & Universiti Tempatan)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Kementerian Perumahan Kajian Tempatan (KPKT)
  • Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan (ICU Negeri)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri)
  • Jabatan Agama Islam Negeri (JAIP)
  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
  • Jabatan Pertanian
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Isnin 29 November 2021, 04:38:15.