Adalah dimaklumkan, penutupan satu lorong di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley (Cameron Highland) seksyen 43.40 (koordinat 4.579288,101.345184) adalah ditutup bermula 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 kerana kejadian kegagalan cerun pada ketinggian 35m dan panjang 30m. Langkah penutupan satu lorong ini diambil kerana masih terdapat pergerakan cerun yang masih aktif dan risiko keselamatan kepada pengguna jalanraya.
Justeru, para pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di lokasi tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak dingini berlaku. Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu FT59 Jalan Tapah – Cameron Highlands. Pemantauan berterusan dijalankan sebagai langkah persediaan awal untuk sebarang kemungkinan yang berlaku. Segala kesulitan amatlah dikesali.