NOTIS SEBUT HARGA KERJA

SEBUT HARGA JKR TLDM LUMUT BIL: JKR(TLDM)SH/M/13/2021

TAJUK KERJA :

KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS WATER COOLED CHILLER DI WISMA SURIA, KDSI 1, PANGKALAN TLDM LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB)1 serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan sijil Pusat Kontraktor Sabah (PUKONSA) (di Sabah) atau PPK, STB dan sijil Unit Pendaftaran Kerja dan Juruperunding (UPKJ) (di Sarawak) dalam Gred G2 (NEGERI PERAK) Kategori ME Pengkhususan M01 atau Kementerian Kewangan ……………………

2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Taklimat sebut harga boleh disemak di pautan GOOGLE DRIVE seperti berikut mulai 30/06/2021 (Rabu):

https://drive.google.com/.../1lgcwNhOie2OTRdgOGJi.../view...

3. Kontraktor DIWAJIBKAN mendaftar melalui GOOGLE FORM dipautan berikut:

https://forms.gle/YP5VsA2UM4vujNvY8 pada 30/06/2021 (Rabu) sehingga 02/07/2021 (Jumaat).

4. Dokumen sebut harga akan ditawarkan kepada Kontraktor yang LULUS pendaftaran sah sahaja. Untuk maksud ini, DOKUMEN SEBUT HARGA akan diserahkan melalui emel kepada Kontraktor mulai 07/07/2021 (Rabu).

5. Dokumen sebutharga dalam bentuk (SALINAN CETAK) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar melalui pos berdaftar atau perkhidmatan kurier ke alamat PEJABAT JURUTERA AWAM KANAN, UNIT JKR, PANGKALAN TLDM LUMUT, 32100 LUMUT, PERAK (tel: 05-6835409 / 012-4481681 / 019-5761565) dan hendaklah sampai sebelum jam 12.00 tengah hari pada 23/07/2021 (Jumaat).
“Tender/Sebutharga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier, Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup tender/sebutharga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan”
6. Kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan sosial oleh KKM dan MKN untuk proses penyerahan Dokumen Sebut Harga.

7. Peringatan Mesra: Kem Tentera adalah kawasan larangan awam. Pekerja berstatus Warganegara Malaysia diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak.

 

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 25 April 2024, 00:56:59.