Skip to main content

Projek Pecah Tanah Jambatan Sg. Air Tawar

Berita Terkini

Penduduk disekitar Kampung Teluk dan Kampung Baharu kini menarik nafas lega apabila Menteri Pengangkutan Y.B Dato€š¬€ž¢ Sri Kong Cho Ha merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan merintasi Sungai Air Tawar yang bakal menyambungkan dua buah kampong iaitu Kampung Baharu dengan Kampung Teluk.

Selama ini perhubungan penduduk setempat mengambil masa selama 35 minit untuk berurusan antara satu sama lain dan apabila siapnya jambatan ini ianya hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Projek yang dianggarkan menelan belanja RM 17 juta itu dijangka siap dalam tempoh 30 bulan mengandungi kerja-kerja pembinaan 2 lanes dengan kelebaran keseluruhan 13900 mm dan panjang keseluruhan 419 meter. Syarikat Megat Ahmad Shahrani Sdn. Brd. telah dipertanggungjawabkan bagi menyiapkan projek tersebut.